بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

“Sesuatu yang tidak sempurna melakukan perkara yang wajib tanpa melakukannya, maka melakukannya adalah wajib.”

 

Sudah menjadi ketentuan Ilahi dalam kehidupan kita sebagai manusia, Allah Taala mengamanahkan kepada manusia bukan sekadar sebagai seorang hamba yang perlu melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya, malah Allah juga merakamkan dalam Al-Quran berkenaan satu lagi tujuan kita diciptakan iaitu sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun, tidak ramai yang menyedari hakikat tanggungjawab kita diciptakan di atas muka bumi ini lantas ramai antara kita lebih merasa selesa dengan hanya ber “title” kan seorang hamba sahaja dan meninggalkan peranan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

 

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-30 :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.” Mereka berkata, “ Mengapa Engkau hendak menjadikan seorang (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Q.S.Al-Baqarah : 30)

 

Jelas pada ayat Al-Quran di atas, Allah menjadikan manusia sebagai Khalifah yang bertanggungjawab menjadi duta atau wakil Allah SWT bagi memakmurkan dunia ini selaras mengikut acuan yang Allah kehendaki. Sesungguhnya, tanggungjawab dan amanah ini bukanlah taklifan secara langsung yang Allah mahu berikan, akan tetapi ianya pilihan daripada manusia itu sendiri.

 

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat ke 72 :

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.”

(QS. Al-Ahzab: 72)

 

Oleh yang demikian, mahu tidak mahu, kita perlulah melaksanakan segala amanah dalam mentadbir dunia ini sama ada dalam keadaan rela atau tidak.

 

PENGEKALAN SISTEM PENCALONAN

Selaras dengan penyataan di atas, maka pihak PERUBATAN di bawah kelolaan Lembaga Penasihat PERUBATAN telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan di setiap cawangan bagi menjadi satu badan berkecuali untuk melaksanakan segala proses pemilihan pimpinan terbaru bagi sesi 2017/2018.

 

Pada tahun ini, JPP melalui JPC akan melaksanakan sistem pencalonan sebagaimana yang telah diamalkan tahun-tahun sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Bermula dengan fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan dan akhirnya fasa pengundian.

 

TAKWIM PILIHANRAYA CAWANGAN TANTA 2016

Butiran tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:

 

Perkara                                                                           Tarikh

Hari Penjualan Borang Pencalonan                            1-5 Disember 2016

Hari Pencalonan                                                         6 Disember 2016

Pengumuman Senarai Calon (Fasa I)                          7 Disember 2016

Tempoh Kempen & Bantahan                                    7 Disember – 16 Disember 2016

Pengumuman Senarai Calon (Fasa II)                        16 Disember 2016

Hari Pengundian                                                        17 Disember 2016

SERUAN KEPADA SELURUH WARGA TANTA

Hakikatnya,sungguh kehidupan ini adalah saling memerlukan. Pimpinan memerlukan ahli-ahli yang menyokong dan mendokong mereka seperti mana setiap ahli juga perlukan pimpinan bagi menjadi pemudah cara dalam apa jua urusan mereka. Allah SWT memberikan kita segala kekuatan sebagai seorang pemuda dan pemudi.

Maka jadilah kita pemuda-pemudi yang bermanfaat yang bukan sahaja hebat dalam pelajaran malah sedia berkorban apa jua nikmat yang Allah kurniakan untuk manfaat bersama. Demikianlah,kita hidup ini bukanlah sekadar menerima apatah lagi menunggu sahaja manfaat yang disumbangkan oleh seseorang kepada kita namun kita yang memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling kita. Oleh yang demikian, ayuh bersama turun padang dan memeriahkan Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan Tanta pada kali ini.

 

Kuasa memilih ada di tangan anda. Ayuh serlahkan dan realisasikannya.

 

Wallahua’lam.

 

“Berkat,Telus dan Cekap”

#JomPANGKAH

1

 

Ahmad Shahir bin Osman

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Tanta 2016,

PERUBATAN Cawangan Tanta.[/fusion_text]