logo jpc tanta png

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya memberi kesempatan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Pada tanggal 17 Disember 2016, secara rasminya telah berakhir proses Pilihan Raya Cawangan Tanta bagi tahun 2016.

Dengan berakhirnya tempoh pilihanraya ini, maka selesailah tanggungjawab kami selaku Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan Tanta bagi sesi 2016 ini.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Cawangan Tanta bagi semua kerusi. Memandangkan tahun ini tiada sebarang pertandingan baik di peringkat Majlis Tertinggi PERUBATAN, Pengerusi, Timbalan Pengerusi mahupun Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT), maka secara rasminya kesemua calon yang bertanding bagi kerusi-kerusi tersebut diumumkan menang tanpa bertanding.

Dengan ini saya mengumumkan kerusi Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi 2017/2018 secara rasminya disandang oleh saudara Muhammad Shahrin Aminudin bin Mahayuddin bagi Ikhwah, manakala bagi Akhawat pula disandang oleh saudari Nur Khairoon Nishyaa binti Mohamad Buhari.

 Sementara itu, saudara Muhammad Nur ‘Ariff bin Rosli diumumkan sebagai penyandang jawatan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018, manakala saudari Farah Alia binti Mat Said menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018.

Bagi kerusi AJKT Ikhwahkesemua calon telah menang tanpa bertanding. Berikut saya sertakan senarai AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 (Ikhwah).

  1. Abdel Haqqul Mateen bin Abd Rani
  2. Azwan bin Omar
  3. Mohamad Aswan bin Taggiling
  4. Mohamad Zulnaim bin Mohamad
  5. Muhammad Fakhrul Haiyin bin Mutussin
  6. Muhammad Syahrul Anwar bin Fadzil Hajazi

Sementara bagi kerusi AJKT Akhawat, keputusan yang sama diperoleh iaitu kesemua calon AJKT telah menang tanpa bertanding. Berikut disertakan senarai AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 (Akhawat).

  1. Afifah Farhana binti Aripin
  2. Anis Afifa binti Mirhan
  3. Atirah binti Umar
  4. Farah Najihah binti Mohamad
  5. Maisarah binti Othman
  6. Nor Insyirah binti Nor Asri
  7. Nurul Nadia binti Mohamed Zain
  8. Wan Nurbasyirah binti Wan Roslan

 

Tahniah dan takziah diucapkan kepada semua barisan MTP, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta AJKT Ikhwah dan Akhawat bagi PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018. Selamat memimpin dan selamat maju jaya diucapkan.

Akhir kalam, saya selaku Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Tanta 2016 mewakili barisan AJKP JPC memohon maaf sekiranya ada sebarang kesalahan kesilapan sepanjang penganjuran pilihan raya kali ini. Segala kesulitan amatlah dikesali dan sebarang muhasabah bolehlah dikemukakan kepada kami untuk penambahbaikan akan datang. Marilah kita sama-sama menyokong dan mendokong persatuan kita dengan segala kudrat yang kita mampu.

Siiru ‘ala barakatillah.

“Berkat, Telus dan Cekap”
 #JomPANGKAH

#JPC2016

 

shahir

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahmad Shahir bin Osman

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Tanta sesi 2016,

PERUBATAN Cawangan Tanta.