logo jpc tanta png

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setinggi-tinggi syukur dan segala puji bagi Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita telah diberi peluang untuk menjalankan Pilihan Raya Kecil pada 23 Mac yang lalu bagi mengisi dua kekosongan kerusi di peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) sesi 2017/2018.

Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Cawangan Tanta bagi kedua-dua kerusi. Kedua-dua buah kerusi telah dipenuhi oleh dua orang calon ikhwah dan telah melalui fasa I dan II tanpa sebarang bantahan, maka secara rasminya kesemua calon ikhwah yang bertanding bagi kerusi-kerusi tersebut diumumkan menang tanpa bertanding.

Berikut merupakan dua orang AJKT PERUBATAN Cawangan Tanta sesi 2017/2018 yang baru:

AJK TERTINGGI (IKHWAH) PERUBATAN CAWANGAN TANTA 17/18 :

NAMA PENGAJIAN
MUHAMMAD NAZRIN BIN HAMZAH TAHUN 4 PERUBATAN
MOHAMMAD ILLIYAS BIN HABULAT TAHUN 3 PERUBATAN

 

JPC ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) yang bersama-sama melancarkan pergerakan PRK serta seluruh ahli PCT yang turut memberi sokongan. Ucapan tahniah dan takziah diucapkan kepada pimpinan yang baru.

Akhir kata, semoga pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) ini dapat menerima amanah dengan penuh bersedia dan seikhlas-ikhlasnya demi meneruskan rantai-rantai perjuangan yang ditinggalkan Rasulullah saw. Besarlah harapan kami sebagai warga PCT untuk melihat pimpinan PCT dapat menjalankan tugasan dengan penuh bersemangat dan bertanggungjawab. Selamat bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) khususnya dan berbakti kepada ahli PCI secara amnya.

سيروا على بركة الله

“Berkat, Telus dan Cekap”

Yang menjalankan amanah,

azizprk3

Abdul Aziz bin Abdul Ghani,

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Tanta 2017,

PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT).